
Mengenai Kami
Kenali kami.
Perutusan daripada Presiden kami.
Selim ARGUN – Presiden Institut
Ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai sebuah jenama global yang terus berkembang dan mewakili Türkiye yang semakin maju, kami telah berkembang daripada pejabat luar negara yang pertama kepada rangkaian semasa yang merangkumi 95 pejabat di 71 negara. Berpandukan misi untuk meningkatkan keterlihatan, kredibiliti dan reputasi Türkiye di peringkat antarabangsa, serta visi untuk menjalinkan hubungan dengan Türkiye dan memperluas persahabatan dengan Türkiye di seluruh dunia, kami terus membina jambatan persahabatan merentasi dunia.
Dalam usaha memperkenalkan kisah Türkiye ke seluruh pelosok dunia, pembinaan asas bagi memperkukuh dialog antara bangsa Turki dengan bangsa-bangsa lain sentiasa menjadi salah satu keutamaan kami. Berpandukan prinsip bahawa "tiada ufuk yang terlalu jauh", kami telah dan terus menjalinkan hubungan yang berkekalan melalui pejabat perwakilan kami di pelbagai rantau, dengan matlamat untuk mencapai masyarakat hingga ke pelosok dunia.
Menyedari bahawa budaya memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan dan memperkukuh dialog antara masyarakat yang berbeza, kami di Institut Yunus Emre terus melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pelbagai bidang dan dimensi bagi memperkenalkan budaya dan kesenian kami ke seluruh dunia.
Kami terus mempergiat usaha dengan penuh komitmen melalui pelbagai aktiviti bagi memperluas penggunaan bahasa Turki, bahasa warisan kami yang kaya dengan sejarah, di seluruh dunia serta memperkukuh kedudukannya dalam kalangan bahasa dunia. Berteraskan hubungan antara bahasa dengan budaya, kami berusaha meningkatkan kesedaran dan perkongsian antara budaya, di samping menyokong penyelidikan akademik dan saintifik serta menyumbang kepada perkembangan program pengajian Turkologi.
Berlandaskan slogan “Daripada Türkiye yang dihubungkan dengan jaringan landasan kereta api kepada Türkiye yang menghubungkan dunia melalui jaringan kebudayaan pada usia 100 tahun Republik”, kami telah memperkenalkan Türkiye, warisan kebudayaan Anatolia yang kaya, serta bahasa, budaya dan kesenian Turki kepada dunia melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-100 Republik Türkiye. Melangkah ke hadapan, dengan menjadikan ungkapan “Marilah kita saling mengenali” sebagai pegangan, yang mencerminkan pandangan hidup Yunus Emre dengan begitu indah dan bermakna, kami akan terus berusaha memperkukuh persahabatan antara Türkiye dengan negara-negara lain serta meningkatkan pertukaran budaya.
Salam hormat daripada saya,
Misi
Meningkatkan imej, kredibiliti dan reputasi Türkiye di peringkat antarabangsa.
Visi
Menjadi sebuah institusi diplomasi kebudayaan yang dihormati dan berkesan dalam mempromosikan budaya Turki ke seluruh dunia.
Institut Yunus Emre
Yayasan Yunus Emre ditubuhkan di bawah Undang-Undang No. 5653 bertarikh 05.05.2007 bagi mempromosikan Türkiye, bahasa Turki, sejarah, budaya dan keseniannya; menyampaikan maklumat serta dokumen berkaitan kepada masyarakat dunia; menyediakan pendidikan di luar negara kepada mereka yang ingin mempelajari bahasa, budaya dan kesenian Turki; serta meningkatkan pertukaran kebudayaan dan persahabatan antara Türkiye dengan negara-negara lain.
Sebagai sebuah institusi di bawah Yayasan tersebut, Institut Yunus Emre menjalankan aktiviti pengajaran bahasa Turki serta menganjurkan acara kebudayaan dan kesenian bagi memperkenalkan negara kami melalui Pusat Kebudayaan Turki Yunus Emre yang ditubuhkan di luar negara. Institut ini turut menyokong penyelidikan akademik dan saintifik.
Pada masa ini, Institut Yunus Emre mempunyai 95 pejabat perwakilan di 71 negara.
Kewujudan Kami di Malaysia
Dengan pejabat perwakilan yang kini beroperasi di Malaysia, Institut ini meneruskan usaha untuk meningkatkan pertukaran kebudayaan dan mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.
2009
Start of Operations
2
Pejabat Perwakilan



